Bank Artikel

Harga Kereta Sewa Kulim

Harga bagi sesebuah kereta sewa mampu mempengaruhi keputusan pelanggan yang ingin menyewa kereta. Faktor harga memainkan peranan yang penting kerana secara amnya, pelanggan akan mencari sesuatu barang mahupun perkhidmatan yang lebih murah. Begitu juga perkara yang sama turut berlaku sekiranya berkaitan dengan harga sewa. Para pelanggan akan cuba membuat kajian / market survey dahulu sebelum menyewa dengan pemilik bisnes. Walaupun perbezaannya hanya serendah RM10, ianya mampu mempengaruhi pelanggan untuk membuat keputusan dengan siapa mereka akan sewa kereta. Market kereta sewa ketika 2010 dengan zaman sekarang iaitu 2020 jauh bezanya. Dulu penyedia perkhidmatan kereta sewa hanya terlalu sedikit sahaja, berbanding pada tahun 2020, pasaran permintaan kereta sewa terlalu kompetetif. Ada antara penyedia kereta sewa bermain harga dengan meletakkan kadar sewa yang jauh lebih murah bagi meraih pelanggan.

Perkara yang sama juga turut berlaku di Kulim Kedah. Di mana ada antara penyedia perkhidmatan kereta sewa Kulim turut “buang harga” bagi meraih sales. Ini akan menyebabkan market bisnes kereta sewa kucar-kacir disebabkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Ada yang beza sehingga RM30-40 bagi sesebuah model kereta sewa demi satu jualan. Masalah seperti ini akan menjadilebihbesar sekiranya ia tidak dibendung dari awal. Ada penyedia kereta sewa yang bakal gulung tikar disebabkan perang harga ini. Antara yang terlibat adalah syarikat-syarikat kereta sewa yang besar yang mempunyai tanggungan yang lebih tinggi berbanding dengan syarikat kecil seperti enterprise ataupun individu yang menjalankan bisnes kereta sewa.

Bagi membendung masalah buang harga ini, maka kereta sewa perlu melakukannya dalam bentuk persatuan pengusaha kereta sewa. Bagi mereka yang terlibat dengan masalah ini, nama mereka perlu disenaraihitamkan bagi mengawal market harga permintaan terhadap kereta sewa. Bagi syarikat kereta sewa Kulim pula, mereka masih mengekalkan harga sepertimana tahun-tahun sebelum ini. Ini merupakan salah satu langkah bagi mengimbangi market permintaanterhadap kereta sewa, khususnya di sekitar Kulim Kedah. Bagi mereka diluar sana yang ingin menempah kereta sewa, sila lawati laman website DNZ Car Rental (Kulim). Setiap pertanyaan atau tempahan, krew syarikat akan cuba respon dengan kadar segera.