Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 13

Home »  Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 13

Sebagai pusat bandaraya Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam ini jugalah terletaknya Stadium Shah Alam, Stesen Bas Sementara Shah Alam, IPTS dan sebagainya. Ianya turut dikelilingi oleh pasaraya-pasaraya besar seperti Giant Hypermarket Seksyen 13, Pasar Besar Tesco, AEON Mall Shah Alam dan bermacam-macam lagi. Ditambah pula dengan infrastruktur dan prasarana yang serba lengkap dengan kemudahan jaringan jalannya yang luas seperti GUTHRIE, ELITE PLUS, dan sebagainya mampu menjadikan seksyen 13 shah alam ini sebagai satu kawasan amat sesuai untuk dijadikan sebagai hub pelaburan di masa akan datang. Oleh sebab itulah, kereta sewa shah alam seksyen 13 ingin mengorak langkah dengan lebih jauh lagi untuk menjadikan area seksyen 13 shah alam ini sebagai salah satu kawasan untuk kemudahan kereta sewa.

Memandangkan kawasan seksyen 13 shah alam ini mempunyai IPTS seperti MSU, PTPL, Politeknik Shah Alam dan lain-lain lagi, bisnes kereta sewa amatlah sesuai untuk dijalankan di kawasan “HOT” seperti ini kerana permintaan kereta sewa dikalangan para pelajar adalah begitu tinggi. Ini adalah kerana para pelajar ini sering menggunakan kereta sewa sebagai medium untuk malakukan sebarang tugasan, pergi melancong bersama rakan-rakan, membeli barangan keperluan dan sebagainya. Atas sebab-sebab inilah kami sebagai salah sebuah syarikat kereta sewa shah alam seksyen 13 ini ingin meluaskan lagi perkhidmatan kereta sewa bagi menampung jumlah permintaan yang semakin meningkat pada tahun 2018 ini.

Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 13

Selain tawaran diskaun yang menarik bagi para pelajar IPTA/IPTS, DNZ Car Rental juga turut menawarkan insentif kepada para pelajar khususnya bagi yang ingin mencari pendapatan tambahan dengan menjadi agen kereta sewa kami. Setiap agen kereta sewa mampu menjana pendapatan sehingga RM10 bagi setiap kali tempahan kereta sewa yang berjaya dibuat melalui rangkaian mereka. Oleh itu, secara tidak langsung ianya sedikit sebanyak dapat menolong para pengusaha kereta sewa shah alam seksyen 13 dari segi pemasaran pengiklanan secara tidak langsung. Pengiklanan seperti ini adalah lebih berkesan berbanding pengiklanan offline seperti menampal poster/banner/bunting, mengedar brochure/kad dan sebagainya. Dengan ini diharapkan lebih ramai lagi para pelajar dapat menjadi agen kepada kereta sewa kami bagi menjana lebih pendapatan dengan program agen kereta sewa yang kami perkenalkan ini.

Comments are closed.

Designed by DNZ Advertising