Kereta Sewa Shah Alam Per Jam

Home »  Kereta Sewa Shah Alam Per Jam

Bila diperkatakan mengenai kereta sewa, sudah semestinya apa yang terlintas di fikiran adalah mengenai harga dan jenis kereta sewa yang ditawarkan. Kebanyakkan pengusaha kereta sewa khususnya di Shah Alam mengenakan kadar sewa mengikut harian, mingguan dan juga bulanan. Tidak seperti DNZ Car Rental dimana mereka ini merupakan antara penyedia utama perkhidmatan kereta sewa Shah Alam, turut menyediakan kereta sewa shah alam per jam khusus bagi para pelajar IPTA/IPTS di sekitar area Shah Alam dan lain-lain kawasan yang berdekatan dengannya. Ini adalah disebabkan mereka sedar akan sumber kewangan yang dihadapi oleh para pelajar di mana bajet adalah terhad. Jadi para pelajar bolehlah menyewa kereta mengikut jam tanpa perlu membayar bagi harga penuh seperti sewa seharian.

Kebanyakkan para pelajar ingin menyewa kereta disebabkan atas pelbagai faktor dan diantaranya adalah sebagaimana bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka seperti melakukan tugasan luar, kajian luar dan lain-lain lagi. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri tetapi berlakunya kerosakan terhadap kenderaan mereka itu, jadi terpaksalah mereka mencari kereta sewa untuk berulang-alik ke kampus. Atas faktor-faktor inilah DNZ Car Rental menyediakan kereta sewa shah alam per jam bagi meringankan beban para pelajar. Bagi mereka yang berminat untuk menyewa kereta sewa per jam, para pelajar bolehlah datang terus ke pejabat kereta sewa dengan membawa dokumen-dokumen lengkap serta mengisi borang sewa kereta.

kereta sewa shah alam per jam

Seperti pelajar Uitm Shah Alam dan UNISEL, mereka boleh mendapatkan kereta sewa di Seksyen 14 Shah Alam. Pelbagai jenis kereta sewa yang disediakan seperti viva, axia, myvi, saga dan juga mpv alza. Kalau hendak diikutkan dari segi keuntungan yang diperolehi, para penyedia kereta sewa yang menyediakan kereta sewa shah alam per jam dapat memperolehi lebihan berbanding sewaan harian. Seperti contoh, kereta sewa viva auto adalah RM100/hari. Manakala sewa per jam adalah sekitar RM8/jam. Dan minima jam dimana para pelajar perlu sewa adalah 5jam dan keatas. Secara tidak langsung, para pengusaha kereta sewa dapat menjana hasil pendapatan dari sewaan jam ini. Bagi yang mencari kereta sewa, sila hubungi no DNZ Car Rental yang tertera di laman website ini.

Comments are closed.

Designed by DNZ Advertising